


Enggan mengulas lebih lanjut mengenai bayaran yang bakal diterima penyanyi kesayangan ramai itu, Mamat memberitahu bahawa Siti bakal memegang salah satu daripada tujuh karakter utama di dalam filem tersebut. Perbincangan awal menjurus kepada watak Cik Siti, seekor kumbang dalam komuniti serangga di Kg. Kuantan, Kuala Selangor.
Pengarah Mamat Khalid yang mengesahkan berita tersebut melalui panggilan telefon dengan Cinema Online baru-baru ini begitu lega dengan persetujuan Siti untuk turut serta dalam animasi sulung beliau. Proses pra-produksi akan bermula pada bulan Januari 2009.
No comments:
Post a Comment