Who You Wanna Be?

zwani.com myspace graphic comments

Be Who You Want

Wednesday, November 19, 2008

"Kelip-Kelip"



18 Nov - Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, telah mengesahkan bahawa beliau akan terlibat dalam filem animasi 3D yang diarahkan Mamat Khalid berjudul "Kelip-Kelip", menurut kata pengarah tersebut yang telah membuat pertemuan dengan penyanyi bersuara emas itu di syarikat penerbitannya, Naga VXS Sdn Bhd di SS2, Petaling Jaya baru-baru ini.

Enggan mengulas lebih lanjut mengenai bayaran yang bakal diterima penyanyi kesayangan ramai itu, Mamat memberitahu bahawa Siti bakal memegang salah satu daripada tujuh karakter utama di dalam filem tersebut. Perbincangan awal menjurus kepada watak Cik Siti, seekor kumbang dalam komuniti serangga di Kg. Kuantan, Kuala Selangor.

Pengarah Mamat Khalid yang mengesahkan berita tersebut melalui panggilan telefon dengan Cinema Online baru-baru ini begitu lega dengan persetujuan Siti untuk turut serta dalam animasi sulung beliau. Proses pra-produksi akan bermula pada bulan Januari 2009.

No comments: